(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Tandas di sini ialah suatu tempat khas yang dibina dalam sesebuah
rumah atau bangunan yang pada kebiasaannya digunakan untuk
qadha hajat.
Tandas yang bersih, lebih-lebih lagi yang selesa, merupakan suatu
keperluan. Kerana itu tidak hairan jika sebilangan individu tidak
menggemari tandas awam, kerana menganggap ianya antara
tempat yang kotor, menjijikkan atau kurang menyenangkan.
Apapun gambaran yang dibayangkan terhadap tandas, ianya tidak
mengurangkan dan menjejaskan pandangan Islam terhadap
kepentingannya. Oleh kerana itu, telah digariskan beberapa adab
yang mudah untuk diamalkan ketika berada dalamnya, ketika
qadha hajat dan setelah selesai qadha hajat.