1) Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas.
2) Membaca doa sebelum masuk ke tandas.
3) بِسْمِ اللهِ، َاللَّهُمَّ إِنِّي َأعُوُذ بِكَ مِنَ اْلخُبُثِ وَاْلخَبَائِثِ
(رواه البخاري ومسلم)
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku
berlindung kepadaMu dari syaitan khubtsi (lelaki) dan syaitan
khaba’its (perempuan).”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
berlindung kepadaMu dari syaitan khubtsi (lelaki) dan syaitan
khaba’its (perempuan).”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4) Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran, atau hadis atau zikrullah ke dalam tandas.
5) Hendaklah memakai alas kaki( kasut atau terompah).
6) Hendaklah jauh dari orang sehingga bau kotoran tidak sampai kepadanya.
7) Janganlah berkata-kata selama dalam tandas itu, kecuali apabila ada keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan.
8) Jangan buang air di air yang tenang, kecuali jika air tenang itu terbentang luas seperti tasik yang luas atau laut.
9) Jangan buang air di lubang tanah, kerana kemungkinan ada binatang yang mendapat kesakitan di dalam lubang itu.
10) Jangan membuang air di atas kubur.
11) Jangan membuang air besar atau kecil di tempat-tempat beribadat seperti masjid, surau dan sebagainya (Kecuali di tandas-tandas yang telah disediakan di tempat-tempat ibadat tersebut).
12) Jangan membuang air di atas kitab-kitab agama atau di atas makanan.
13) Jangan buang air di mana-mana tempat perhentian.